Walaupun perjalanan agak meletihkan, namun pada hari ini, saya tetap merasa senang sebab saya boleh pergi ke mana saja saya mahu.
Sabtu semalam, saya menunggu bus di Muara Tabuan, tidak jauh dari sekolah isystem, tempat menunggu bus. Saya dapat van pula dalam jam 9.40am, dan menumpang van tambang tersebut dengan bayaran rm2.50. Sampai di pasar Kuching kira-kira 20minit sebabnya ialah van lalu di kawasan perkampungan. Makanya, agak lewat sedikit.
Kemudian, saya dapatkan bus ke Serian, sebab saya mau pergi ke Batu 10, bus no3A. Perjalanan ambil masa 20minit dengan tambang rm2.00. First time saya pakai bus pergi ke rumah kawan di Batu 10. So, saya pakai Google maps supaya tak tersesat dan update status melalui WhatsApp antara saya dan kawan. Oh ya, saya singgah di Kota Padawan dan akhirnya saya berjaya sampai di Batu 10 but, kawan terpaksa ambil di pasar.
Petang, saya dan adiknya ambil kawan di pusat tuisyen, dia jadi pengajar di sana, bersama 2 orang kawan yang jarang dijumpai. I'm glad to see them.
Pagi keesokannya, saya ke gereja Hope Kuching di kawasan Boulevard, jumpa lagi kawan-kawan di SABAH dulu. Dah ada baby tapi belum lahir lagi. Petang saya balik pakai bus lagi, kira-kira jam 4.30pm sampai di pasar Kuching.
Malangnya kali ini, saya lama tunggu bus untuk ke Muara Tabuan. Sampai jam 5.10pm, baru saya dapat bus A1. Syukur!!!!! Saya ingat saya tertinggal bus. Lega rasanya. Bus paling akhir ke kawasan zon perindustrian Muara Tabuan atau Samajaya ialah pukul 6.00pm.
Remember that.