Sabtu, 25 Julai 2015

Gambar Gunung Kinabalu


           Ketika itu, kami masih dalam perjalanan balik dari Tawau ke Kota Kinabalu. Saya mengambil gambar ini semasa dalam bus pada 2 Februari 2014 pukul 3.37pm. Sungguh cantik permandangan di sini. Saya telah menziarahi seorang kawan suku kaum Cina Tator (Sharon) yang tinggal di Tawau. Bersama saya ialah seorang teman seperjuangan saya (Aiza) dalam pelayanan di Gereja yang turut menyertai sambutan Tahun Baru Cina di Tawau. Kami sempat melawat kawan satu sekolah Sharon yang berkahwin pada musim Tahun Baru Cina di perkampungan orang Bugis di Tawau. Perbezaan kaum dan agama tidak menghalang kami untuk menjadi kawan. 



        Manakala gambar di bawah pula disunting daripada post seorang kawan di Facebook. Saya telah menyuntingnya untuk menjadi lebih terang. Gambar ini diambil di kawasan padang yang luas pada tahun 2015. Ini adalah gambar selepas beberapa minggu Gunung Kinabalu mengalami gegaran pada 5 Jun 2015. Ramai yang memberi komen punca gegaran itu terjadi. Namun, bila dinilai, peristiwa ini menjadikan kita menjadi lebih bersandar kepada Tuhan dan mengetahui bahawa Tuhan mampu melakukan apa sahaja yang tidak kita pernah fikirkan. Apapun yang ada dalam fikiran kita,  perkara yang harus dilakukan sekarang dengan berdoa bagi mereka di Sabah. 

Kesimpulannya, nikmatilah kebaikan Tuhan. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan